KOKURIKULUM KEBANGSAAN

Pelaksanaan kokurikulum bertujuan memantapkan jati diri dan pembangunan modal insan yang cemerlang. Antara strategi pelaksanaan kokurikulum di sekolah :
(a) Membudayakan aktiviti kokurikulum dalam kalangan murid
(b) Memberi wajaran kepada penglibatan yang sesuai kepada aktiviti
(c) Memberi peluang kepada semua murid untuk melibatkan diri secara aktif melalui kepebagaian    aktiviti kokurikulum
(d) Melibatkan murid pelbagai kaum dalam aktiviti kokurikulum
(e) Memberi penekanan terhadap penghayatan agama dan nilai-nilai murni dalam aktiviti  kokurikulum.

PENDIDIKAN RENDAH
Matlamat pedidikan rendah adalah untuk menyediakan asas yang kukuh dalam kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul.

PENDIDIKAN MENENGAH 
Tujuan utama pendidikan menengah ialah melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran berfikir tinggi, iaitu secara kritis, kreatif dan inovatif ; mempunyai jati diri yang tinggi sera dapat menguasai sekurang-kurangnya dua bahasa utama, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Antara tujuan lain ialah memastikan pelajar lepasan menengah dapat meneruskan pengajian yang lebih tinggi .

PENDIDIKAN LEPAS MENENGAH
Tujuan pendidikan lepas menengah adalah untuk memperkukuhkan pengetahuan dan kemahiran mereka sebagai persediaan bagi melanjutkan pengajian peringkat ijazah pertama di (IPT) samada di luar negara atau dalam negara.

TEMPOH PENDIDIKAN FORMAL 
Sistem persekolahan di Malaysia adalah antara 12 hingga 13 tahun bagi pendidikan formal. Tempoh tersebut bertujuan memberi masa yang cukup kepada murid di Malaysia untuk berkembang secara menyeluruh intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial.

No comments:

Post a Comment